Putrajaya...ada Homestay ke? |
Assalamualaikum Abg....!
Aku agak ragu siapa ditalian setelah lama deringan HP hadiah isteri tercinta berbunyi sekian lama...
Waalaikumsalam...siapa disana?...aku menjawap dengan sedikit sangsi melihat paparan nombor yang tiada di dalam senarai panggilan.
Amir!...dihujung talian. Memberi kepastian yang aku pinta. Aku sedikit lega....
Amir mana ni...? Aku ingin betul-betul pasti. Bukan apa, sepanjang merentas kehidupan yang sudah melepasi aras bermulanya kehidupan (umur 40an...kata orang) sememangnya telah ramai insan yang bernama Amir telah aku kenali...
Metro!...tegasnya lagi.
Oh...Amir!, kenapa lain nombor phone..?. Nombor handphone lama Amir masih dalam simpanan. Ini juga mungkin petanda yang sudah lama kami tidak berbicara. Kali terakhir mungkin sewaktu berlangsungnya Gegaria Melaka.
Ni nombor personal saya bang...!
Saya nak minta tolong abang ni...! Urgent sangat, ada program di Putrajaya weekend ni..!
Kami semua dalam 20 orang, mintak abang carikan Homestay di Putrajaya or kawasan berhampiran...Kalau OK besok kami nak check-in....so Jumaat, Sabtu dan check out Ahad...Boleh Abang ye!...mohon Amir lagi.
Mana ada Homestay di Putrajaya!!...tegasku lagi sambil memikirkan masa yang agak suntuk untuk aku usahakan...
Kalau di Bangi, Sg. Merap atau Sg. Ramal....boleh le abang cuba...tapi tak janji!....tambah aku lagi.
Besok nak check-in....20 orang... fikiran aku terus menerjah sahabat-sahabat yang mungkin boleh membantu. Hati aku pula teringat kepada..Homestay Online Booking yang KOPEHOM sedang bina ...Alangkah bagusnya..dapat membantu hal-hal ad-hoc seperti ini.
Demi silaturrahim dan keadaan sahabat yang amat memerlukan....aku usahakan juga bersama Zanariah dan Mohd Rizal mencari Homestay di Putrajaya. Alhamdulillah di penghujung petang Amir terima berita gembira dimana En. Zul Homestay di Precint 9 sanggup menyediakan 3 buah rumah yang selesa untuk kesemua 20 orang kru Metro sepertimana yang diperlukan.
Saya, Rizal dan Zanariah ....gembira!.
Amir dan kru....gembira!
En. Zul juga.....gembira!
KOPEHOM.....bangga!