Friday, 24 May 2013

Budaya Kita..Budaya Bersama

Teks: KOPEHOM
Jemputlah makan.....
Sahabat dari Paris berkunjung atas urusan kerja di Lumut, Perak. Orangnya pemalu tapi sangat professional dalam menjalankan tugasnya.

Hampir dua minggu di atas kapal tanpa rehat yang cukup demi mempastikan deadline yang ditetapkan dipenuhi.

Sedikit peluang yang ada kami ke Pangkor. Feri sedia menunggu sesiapa saja setiap hari dengan perjalanan hanya mengambil masa 10 minit dari Jeti Marina.

Rancangan  ke Pangkor untuk pusing pulau dengan menaiki motosikal... berubah di saat akhir dengan bermalam di Homestay Kak Midah di Kg Telok Gedong, kawasan pekampungan Melayu  dihujung pulau di mana terletaknya Kota Belanda,

Adakalanya terjah tanpa merancang perjalanan menjadikan cuti kita lebih menarik..,

Tetamu dihormati, hidangan disediakan semampu ada agar tetamu berasa selesa. Pemuda Paris ini dengan rela ini merasa makan bersila di lantai saja, walaupun kekok rasa menjamu selera.

Kalau tak cuba tak tau....itulah resam budaya dimana juga kita berada, buka minda,buka selera dan cuba-cubalah rasa.

Sebenarnya kita sama cuma tak serupa....

Alamilah dan ambil ikhtibar...

"Yang baik jadikan tauladan yang buruk jadikan sempadan"



Tugu Belanda mengingatkan peristiwa...





Bersama Pusaka

Teks: KOPEHOM

Senibina Indah dan masih dalam pembinaan
Berkat persetujuan semua maka rumah pusaka dibaikpulih untuk di jadikan Homestay demi keselesaan para tetamu dan juga sanak saudara yang bertandang nanti.

Bayangkan semua sanak saudara hadir dimajlis tahlil dan doa selamat di rumah ini dengan senyuman mesra semua yang hadir dan diselangi dengan cerita-cerita nostalgia sewaktu membesar di rumah ini dahulu.

Sudah tentu ayahbonda yang telah pergi meninggalkan kita berbangga dan gembira dengan ukhwah silaturrahim yang kukuh terbina

InshaAllah...kita sama-sama doakan kesejahteraan mereka dan sedekahkan Al- Fatihah.

Sama sama menyumbang untuk kebaikan bersama. Kepentingan diri dibuang jauh menjadi contoh kepada anak cucu yang melihat semangat kekeluargaan ini.

Mereka semua belajar dari kita...dengan mengikuti jejak corak pemikiran dan langkah kita.

Benar! bagai dikata " Bersatu Kita Teguh Bercerai Kita Roboh"

Di hari tua nanti kita mengharapkan ehsan mereka juga.

Itu adalah semangat Homestay.



Thursday, 23 May 2013

Bangloku...Homestayku

Teks: KOPEHOM

Tuan Koha



Keputusan untuk menyewa atau menjadikan banglo ini sebuah Homestay membuat beliau mengambil masa yang agak lama untuk mencari jalan penyelesaian terbaik. Masalahnya Tuan Koha sudah punya rumah di Cheras dan sudah serasi dengan kehidupan kota.

Banglo di Bunut Payong Kota Baharu Kelantan ini hanya di kunjungi bila tiba Hari Raya dan tika pulang bercuti saja.

Banglo ini mempunyai 5 bilik dan kawasan yang agak luas. Pernah ada orang bertanya untuk menyewa banglo ini untuk majlis perkahwinan anaknya.

"Cantik dan sesuai untuk majlis berlansung" katanya. Tuan Koha sendiri tidak pernah terfikir dengan cadangan tersebut.

Menarik....

Setelah menjadi ahli Koperasi Pemilik Pemilik Homestay Malaysia(KOPEHOM) beliau bersetuju untuk menjadikan banglo ini sebagai Homestay. 

"Saya boleh pulang dan tinggal di banglo ini juga tapi kalau disewa saya terpaksa bermalam di hotel atau di rumah saudara mara" tambah beliau.


Muktamat!


Cuti Sekolah Lagi....

Teks: KOPEHOM
Pengantin Baru...Raja Sehari....
Musim cuti sekolah menjelma lagi....

Bagi murid-murid sekolah cuti sekolah sememangnya dinantikan..

Bagi ibubapa terpaksa kena cuti juga demi mencari masa bersama anak-anak...
Mula merancang perjalanan dan memilih tempat percutian yang sesuai buat seisi keluarga..
Bagi yang berada mungkin destinasi luar negara seperti Turki, New Zealand, Australia, China menjadi pilihan bersama. Yang kurang berkemampuan destinasi dalam negara pun apa kurangnya, Cameron Highland, Penang, Tioman, Sabah dan Melaka.Atau cuti hanya pulang ke kampung menziarahi ayahbonda dan sanak saudara.

Bagi syarikat mungkin sedikit terganggu perjalanan harian projek yang sedang berjalan olehkerana staf yang cuti bersama keluarga..

Yang pastinya harga dan tempahan naik seganda...

Bagi yang remaja mungkin ada yang menjadi Raja Sehari mengeratkan lagi dua keluarga. Meriah sekampung dengan persiapan seumpama. Senyum sentiasa dalam ukhwah bekerjasama menjayakan majlis.

Paluan kompang memecah suasana, pencak silat pembuka singgahsana..

Keluarga jauh dan dekat bertandang bersama...

Homestay setempat menjadi istana tempat pengantin bersiap sedia....

Saat gembira menjadi kenangan sepanjang hayat....




Mencari Damai....

Teks: KOPEHOM

Damai..pagi...di Miri..



Damai adalah naluri diri...

Adakala kita perlukan ruang untuk diri sendiri..mungkin untuk menilai semula apa yang telah kita lalui dalam kehidupan ini. Melihat kembali apa yang telah kita lakukan, memberi tanda aras pencapaian dan kegagalan bagi  objektif dan juga matlamat kehidupan yang telah di rangka.

Mungkin umur sebagai penanda arasnya...kerana masa itu umur!
Mungkin pressure di tempat kerja...
Mungkin keluarga pencetus sengketa....
Mungkin teman penguris hati....
Mungkin jiwa kacau serabut hidup....
Mungkin hajat tak tercapai...
Mungkin merajuk.....

dan segala kemungkinan lain....


Kebanyakan kita gemar mencari damai dengan melancung samada di luar negara atau di sini saja. Pantai, laut, sungai, gunung, hutan menjadi pilihan mengikut minat dan citarasa bagi mendamaikan jiwa..

Mungkin Homestay Damai sesuai untuk anda mencari damai di jiwa....

Damai petang di Miri...

Sengketa Pusaka

Teks: KOPEHOM
Rumah Pusaka....
"Rumah siapa tu..? tanya seorang sahabat. Rumah lama yang terbiar begitu saja tanpa penghuni.
Hampir lima tahun rumah itu ditinggalkan setelah Pak Omar dan isteri setelah meninggal dunia. Halaman rumah yang dahulunya bersih dan cantik dengan lanskap santai, kini dipenuhi lalang dan senduduk rimba...

"Cantik rumah  tu...tak kan tak ada orang yang menjaganya, anak-anak beliau bagaimana?...masih ingin tahu selanjutnya.

Inilah sengketa pusaka yang sering berlaku di kebanyakan kampung kita...
Rumah terbiar...
Silaturrahim keluarga terus jauh dibawa ke bandar...
Faraid hanya perlu jika ada sengketa...kata seorang teman. Maufakat keluarga, bincang bicara, terima seada dan redha segala tentunya lebih aula...

Ateh mencadangkan agar rumah pusaka diHomestaykan agar rumah terjaga dan semua merasa...

Fikir-fikirkan.....



Wednesday, 22 May 2013

Istana Lama.....Beserah

Teks: KOPEHOM
Istana Hinggap Homestay kita,,,,

Dikatakan sebuah Istana Singgap yang sering menjadi kunjungan Tuanku Sultan Pahang suatu ketika dahulu...sebuah rumah binaan kayu lama enam bilik  menghadap laut China Selatan. Deru angin dan bunyi ombak menghempas pantai cukup mempersonakan.....umpama BESERAH saja menerima hentaman...

Cuti sekolah menjadikan istana ini adalah istana sesiapa sahaja yang suri menjadikan ia sebagai tempat persinggahan  bersama keluarga dengan harga yang cukup istimewa...

Terletak di Beserah Kuantan, dijaga oleh En. Azmi yang tinggal di sebelah belakang Istana ini. Namun ada bahagian istana ini mungkin perlu  dibaikpulih bagi mengekalkan keindahan senibinanya..

Istana ini sering bertukar tangan pemilikan dan penjagaan oleh agensi kerajaan negeri Pahang. Dahulunya di bawah MPK(Majlis Perbandaran Kuantan) kini beralih tangan kepada Pejabat Tanah. Aspek penjagaan sedikit terabai dan perlu dititikberatkan dengan sedikit peruntukan bagi mengekalkan warisan sejarah untuk generasi akan datang...

Apa kata sambil bercuti sambil mencari dan mengenal warisan sendiri....

Pernah bertemu dengan Mat Salleh dan isterinya yang datang jauh dari Scotland tinggal disini hanya kerana suka keadaan istana ini.....mereka juga punya homestay di Scotland untuk kunjungan orang di sini...


laut China Selatan di hadapan Istana Lama ini.....

Thursday, 16 May 2013

Impian Terlaksana..

Teks: KOPEHOM
Homestay Pak Ali - Melaka

Pencen bukan masa untuk bersara dari segalanya. 

Istilah "Total Rehat " bukan untuk Pak Ali dan isteri. Beliau membeli sebidang tanah dan mengusaha Homestay yang cukup menarik dengan senibena rumah melaka. 

Unik dan bersih....dengan setiap rumah diberikan nama setiap cucu beliau. Kawasan yang luas dan lengkap dengan segala kemudahan. Juga sesuai untuk seminar dan  hari keluarga.

Di samping itu usaha gigih beliau membela kambing dan tanaman Roselle

Hebat.....!







Monday, 13 May 2013

Kesepakatan Keluarga...

Teks: KOPEHOM

Sawah terbentang luas




Homestay KOBAHARUM - Mergong Kedah

Semangat kekeluargaan yang cukup mesra terbina menjadikan Rumah Pusaka sebagai Homestay menjalin silaturrahim kekal hingga kini. 

Semua ahli keluarga dapat merasai hasil bersama dengan tertubuhnya Koperasi Keluarga - KOBAHAROM

Rumah Pusaka kekal dijaga....

Anak cucu turut gembira....

Ukhwah menjadi teras bersama...


"Yang tuan dihormati...Yang Muda disayangi...Yang Sebaya dikasihi..."

Prof Datuk Dr. Ali bin Baharom - President Angkasa


Pulau Pangkor

Teks: KOPEHOM

Homestay....


Tempat tinggal menjadi keperluan semasa bercuti
Tidak semestinya selesa namun tetap menjadi senarai utama bagi yang sedang bercuti...

Hotel, Resorts,rumah kenalan, tapak perkhemahan, dorm atau apa saja menjadi pilihan bagi yang merancang perjalanan atau sebaliknya.

Di Pulau Pangkor pengujung punya pilihan...

Homestay, Inap Desa menjadi pilihan masakini...

Wang penentu pilihan....
Damai suasana....deru bayu Pulau Pangkor...