Istana Hinggap Homestay kita,,,, |
Dikatakan sebuah Istana Singgap yang sering menjadi kunjungan Tuanku Sultan Pahang suatu ketika dahulu...sebuah rumah binaan kayu lama enam bilik menghadap laut China Selatan. Deru angin dan bunyi ombak menghempas pantai cukup mempersonakan.....umpama BESERAH saja menerima hentaman...
Cuti sekolah menjadikan istana ini adalah istana sesiapa sahaja yang suri menjadikan ia sebagai tempat persinggahan bersama keluarga dengan harga yang cukup istimewa...
Terletak di Beserah Kuantan, dijaga oleh En. Azmi yang tinggal di sebelah belakang Istana ini. Namun ada bahagian istana ini mungkin perlu dibaikpulih bagi mengekalkan keindahan senibinanya..
Istana ini sering bertukar tangan pemilikan dan penjagaan oleh agensi kerajaan negeri Pahang. Dahulunya di bawah MPK(Majlis Perbandaran Kuantan) kini beralih tangan kepada Pejabat Tanah. Aspek penjagaan sedikit terabai dan perlu dititikberatkan dengan sedikit peruntukan bagi mengekalkan warisan sejarah untuk generasi akan datang...
Apa kata sambil bercuti sambil mencari dan mengenal warisan sendiri....
Pernah bertemu dengan Mat Salleh dan isterinya yang datang jauh dari Scotland tinggal disini hanya kerana suka keadaan istana ini.....mereka juga punya homestay di Scotland untuk kunjungan orang di sini...
laut China Selatan di hadapan Istana Lama ini..... |
No comments:
Post a Comment