Tuesday, 30 July 2013

Homestay Aktiviti....Riadah

Teks : KOPEHOM
KOPEHOM/Sri Awana Paintball - di seksyen 12 Bangi
Riadah bersama keluarga tentunya mengeratkan lagi silaturrahim antara ahli keluarga. Kelainan dalam aktiviti riadah juga akan memberi suasana yang bermakna kepada keluarga. Tambah meriah lagi kalau bermalam di mana-mana Homestay di seluruh negara.
Mungkin semasa cuti persekolahan banyak pilihan aktiviti boleh dibuat..
Aktiviti pantai di Penang.
Aktiviti sungai di Pahang
Aktiviti hutan di Cameron Highland
Aktiviti air terjun di Kota Tinggi
Aktiviti padang....Paintball Sri Awana di Bangi


Semua ini mencerna minda dan merehatkan badan setelah penat bekerja/sekolah.

Pemilihan anggota setiap team 
Paintball adalah sukan yang sedang meningkat naik di negara kita sesuai untuk semua golongan. Ianya banyak menerapkan ciri-ciri kepimpinan, semangat kerjasama antara ahli, teknik dan perangcangan, keselamatan, disiplin diri, ketepatan masa, pematuhan peraturan dan juga ketahanan diri.

Amat baik untuk kesihatan dan minda..
Persediaan sebelum perang bermula...
Ciri-ciri keselamatan yang perlu dalam aktivi Paintball sebelum cabaran bermula...


Perang bermula...
Kenangan yang sukar dilupakan....lebih-lebih lagi kalau kalah dalam pertandingan...
Rasa teruja dan ingin cuba lagi...
Jom riadah bersama KOPEHOM dan SRI Awana Paintball di Bangi....

Monday, 29 July 2013

LIMA 2013..antara Kecanggihan Teknologi & Homestay..

Teks : KOPEHOM
Antara peserta bertaraf dunia di LIMA

MIG29 ...gah di angkasa

Pilatus Indonesia mencuri tumpuan

LIMA 2013..
Sudah berlalu..namun menjadi kenangan para tetamu dan pengunjung...
Kesempatan berada dan merasai kemeriahannya cukup menujakan...
Gah kerana kecanggihan teknologinya dalam setiap produk yang dihasil.
Untuk pasaran tempatan dan dunia.
Langkawi salah satu pulau terindah didunia menjadi tumpuan...

Airport sesak...
Feri penuh sesak...
Jalanraya di Langkawi yang dulunya aman dari kesesakan...
Kini sendat dengan kenderaan di waktu puncak..
Penduduk Langkawi juga terkena tempiasnya..
Pendapatan bertambah dengan Laksa Powernya...

Hotel semuanya penuh disetiap pelusuk Pulau Lagenda...
Booking awal oleh semua peserta...
Lambat bertindak maka terpaksa mencari pilihan lain..

Apakata..
Homestay mungkin pilihan terbaik anda bersama keluarga...
Menjejak budaya...
Mencungkil cerita Lagenda...Mahsuri
Sewaktu meneroka teknologi canggih LIMA...

Datanglah.!...LIMA tetap di Langkawi..
Carilah Homestay bersama KOPEHOM


Pilihan lain mungkin....Cabin

Thursday, 25 July 2013

Bot,Kapal & Homestay

Teks : Kopehom
Homestay di kapal..

Sewaktu tugasan di Miri, jeti sebuah Marina menjadi lokasi tetap untuk beberapa hari sehingga misi tugasan selesai.Miri sebuah bandar minyak dan gas di Malaysia punya sejarah tersendiri dimana sebuah telaga minyak daratan yang pertama dijumpai dinegara ini. Di beri nama "Grand Old Lady" oleh lelaki Mat Salleh yang menjumpainya dan terletak di atas bukit tidak jauh dari bandar Miri.

Melawat Grand Old Lady di malam hari mungkin menjadi pengalaman menarik yang sukar dilupakan.

Jeti persendiriaan yang lengkap dengan segala keperluan asas seperti air bersih dan kuasa letrik bagi semua jenis kapal yang berlabuh di marina ini.

Pemandangannya sudah cukup mengasyikan, terlindung dan menceriakan...

Banyak kapal dan bot dari luar negara berlabuh dengan pelbagai rekabentuk kapal mengikut tradisi dan budaya masing-masing. Ada yang datang dari jauh dan singgah di sini seperti dari Holland, England, Scotland, Amerika Syarikat.

Singgah untuk berehat setelah penat melawan ombak...
Singgah untuk menambah bekalan  sebelum meneruskan pelayaran....
Singgah bertemu sahabat lama...
Singgah untuk memperbaiki kerosakan...
Singgah mencari ketenangan dan kedamaian...

Perbualan singkat sewaktu bertemu di pintu masuk ke jeti, ada yang sudah tinggal di marina ini lebih dari 2 tahun atas sebab kerosakan pada Mask kapalnya yang mengambil masa untuk diperbaiki. Maka bot menjadi rumah tempat berteduh dan melakukan segala aktiviti harian sementara menunggu kerosakan siap dibaikpulih.

Maka terfikir saya ...Homestay di kapal atau bot...

Datanglah ke Miri(bandar kuda laut) mungkit boleh cuba Homestay kapal....

Kapal yang singgah untuk mengantikan Mask yang patah.....



Homestay...Kecemasan & Rawatan

Teks : KOPEHOM
Perlu di setiap Homestay....

Persiapan menyediakan sedikit peralatan rawatan awal di Homestay seperti First Aid Kit boleh memberi tanggapan positif oleh pengunjung. Homestay tampak lebih bersedia di dalam apa saja kemungkinan. Ianya mudah di dapati dijual di Farmasi dan Pasaraya demi kemudahan semua.

Bukan apa...! Ada di antara kita yang tidak bersedia bila bermusafir atau bercuti. Barang-barang lain sering dalam minda kita. tapi kita lupa dengan sedikit ubatan yang boleh membantu menceriakan kita di perjalanan..

Pening kepala akibat perubahan cuaca...
Cirit birit akibat salah makan...
Alahan pada gigitan serangga...
Selsema...
Angin berlebihan....

Mungkin 10 barangan rawatan asas seperti berikut perlu ada untuk sebarang kemungkinan seperti demam, senak perut, luka-luka kecil, sengatan serangga..

1. Adhesive Bandages
2. Antiseptic Creams And Lotions
3. Muscle Creams And Sprays
4. A Pair Of Tweezers
5. Sterile Gauze And Tape
6. Pain Relievers
7. Antihistamines
8. Fungal Medicines
9. Nail Clippers 
10. Thermometer And Fever Medication

Namun atas keselamatan juga, First Aid kit di Homestay ini biarlah diletakan di tempat yang tinggi supaya tidak mudah di capai oleh kanak-kanak di samping itu mudah di lihat oleh pengunjung bagi memudahkan sekiranya diperlukan sewaktu kecemasan.

Bersedia itu lebih baik....

"1 Homestay 1 First Aid Kit"



Tuesday, 23 July 2013

Pengangkutan dan Homestay...

Teks : KOPEHOM
Gunung Kinabalu dari udara...
Indahnya.....

Indahnya bumi dari udara....
Mode perjalanan melalui udara memang cepat terutama sekali untuk perjalanan yang jauh.
Menunggu, Check-In, menunggu lagi, bagasi....Imigresen...adakalanya memenatkan.

Malaysia memang bertuah sekarang....kerana pengangkutan udara kita antara yang terbaik dunia..

Malaysia Airlines...Malaysian Hospitality...

Kini tak perlu risau lagi Malaysia Airlines telah pun Syariah Compliance di serata dunia...

Selain itu kita sudah ada...

FireFly, Air Asia dan Malindo....

Semakin mudah dan semakin murah....

Namun persoalan...

Tentu lebih menarik kalau ada Homestay juga di serata dunia...
Sweden, Scotland, Korea, Jepun, Australia, New Zealand, Amerika Syarikat, Canada, United Kingdom...

Semua itu KOPEHOM sedang usahakan....

InshaAllah segalanya mungkin...

Ada ke Homestay di situ..? Tentu menarik.....!

Keselamatan...

Teks: KOPEHOM

Penting!...demi keselamatan...malang tidak berbau..

Saya tertanya-tanya apakah aktiviti Homestay aktif seperti bulan-bulan lain sepanjang tahun. Mungkin agak terbatas di bulan mulia..bulan Ramadhan ini...

Mungkin disebabkan...

Pergerakan yang dihadkan kerana faktor waktu yang terhad...
Masa berbuka...
Solat Tarawih...
Kesesakan lalu lintas...
Atau mungkin segala macam alasan lagi yang dikaitkan dengan bulan puasa..

Kalau bercuti mungkin hanya pulang ke kampung halaman berbuka bersama ayahbonda dan keluarga..
Masakan kegemaran dicari..
Bonda tersenyum menanti...
Semua ceria menikmati..
Saat yang sukar dicari...
Kekal disanubari hingga ke mati...

Mungkin puasa menjadi alasan untuk kita menghentikan semua aktiviti....

Namun sebaliknya...
Ramadhan adalah masa untuk kita menilai semua aspek kehidupan kita...

Diri...
Keluarga....
Kehidupan...
Business...
dan......

Teringat saya pada isu keselamatan yang amat penting di setiap Homestay yang mungkin sedikit dilupakan oleh pengusaha..
Setiap Homestay mesti dilengkapi dengan Pemadam Api bagi menghadapi sebarang kemungkinan berlakunya kebakaran.

Beringat sebelum berlaku....

Sunday, 14 July 2013

Pendingin Hawa.....Penghawa dingin

Teks: KOPEHOM
Tanpanya adakalanya cukup menyeksakan...

Rekabentuk dan kesesuaian persekitaran adalah amat penting bagi menentukan aliran atau kitaran udara yang baik bagi sesebuah rumah atau kediaman. Ianya secara tidak langsung menjadikan kediaman lebih selesa untuk diduduki.

Bahan binaan juga memainkan peranan yang penting untuk kitaran udara pada kediaman.  Zink yang dipasang rendah sebagai bumbung juga membuat haba panas matahari terperangkap di dalam rumah jika kitaran udara tidak sempurna. Rumah tersebut akan berbahang panas di siang hari dan amat tidak selesa untuk didiami. Bahang yang sama juga akan menjadikan penghuninya tidak selesa di malam hari.

Pengusaha Homestay juga seharusnya memikirkan keselesaan bakal tetamu dengan keadaan ini. Persediaan awal juga harus mengambilkira hal ini berdasarkan persekitaran, lokasi dan rekabentuk Homestay yang hendak dipasarkan.

Faktor kos juga mungkin menjadi persoalan pengusaha Homestay untuk menyediakan kemudahan ini, Disyorkan sekurang-kurangnya satu daripada bilik hendaklah dilengkapi dengan alat pendingin hawa.

Sekiranya persekitaran dan rekabentuk Homestay mempunyai kitaran udara yang sesuai maka mungkin kipas atau aircooler sudah memadai sebagai alternatif kepada penghawa dingin.

Pilihan lain.....

Lega.....!


Sejuk udara....
Sejuk Homestay....
Bermakna sejuk hati tetamu...

Thursday, 11 July 2013

Homestay...Masjid

Teks: KOPEHOM
Masjid Ridhuaniah Kuala Kangsar

Antara fungsi Masjid satu ketika dulu adalah sebagai tempat persinggahan bagi musafir bermalam. Masjid terbuka luas untuk semua, setiap masa, dimana sahaja.
Para Musafir punya tempat berteduh barang seketika di samping dapat beribadah dengan sempurna di Masjid. Boleh membersihkan diri dan juga mungkin bermalam sebelum menyambung perjalanan ke destinasi memenuhi tujuan bermusafir.
Tika singgah mungkin berlangsungnya majlis ilmu...tazkirah, ceramah atau kuliah harian di masjid maka boleh juga duduk mendengar bersama jemaah sambil rehatkan diri keletihan bermusafir.

Kini kebanyakan Masjid berkunci setelah usai solat Isyak. Mungkin atas alasan keselamatan dan sebagainya.   Para musafir tiada tempat persinggahan lagi. Pengawal keselamatan ditempatkan di Masjid menjadi pengawal keselamatan atas tugas yang diberikan demi keselamatan.

Maka Rumah Tumpangan murah di lorong sempit terpaksa menjadi pilihan terakhir atau mungkin bermalam saja di stesen bas menunggu siang menjelma sebelum menyambung perjalanan.

Persekitaran ini mereka terpaksa menimba ilmu lain pula...hikmah bermalam di Masjid mungkin lebih baik.

Homestay mungkin alternatif terbaik bagi para musafir. 
Masjid juga boleh menjadikan sebahagian daripada kemudahan yang ada sebagai Homestay untuk para musafir dengan bayaran minima. Hasilnya juga lebih bermakna untuk pembanggunan masjid dan juga para musafir.

Juga mungkin untuk tetamu tetamu lain...yang melancong atau bercuti 

Contohi Masjid Ridhuaniah di bandar Kuala Kangsar, persekitaran yang menarik dengan kesan sejarah yang   harus diterokai...

MCKK..
Masjid Ubudiah...
Bukit Candan...
Istana...
Pokok getah pertama di Malaysia...
Bot tambang di lembah...
Laksa, putu piring, lempeng pisang dan barangan kraftangan setempat..
dan macam-macam lagi yope....

Cubalah....Ilmu dan Alam dengan bermalam di Homestay Masjid..


Tandas...satu keperluan

Teks: KOPEHOM
Satu Keperluan..


Sedia maklum tandas menjadi keperluan di mana saja, terutama sekali dalam keadaan yang amat terdesak....tanpanya maka semuanya serba tidak kena..
Perjalanan tergendala...
Kerja terbantut...
Temujanji terbatal...
Mood berkecamuk....
Dan banyak lagi yang terpaksa berlaku...

Keadaan menjadi lebih teruk sekiranya hajat tidak kesampaian olehkerana kotornya tandas tersebut..!
Semua kita pernah mengalami keadaan ini. 

Jijik!...lebih menyeksakan air pulak tidak ada....

Tambah seksa...!

Semuanya Indah sekiranya tandas yang ditemui untuk menyampaikan hajat itu bersih dan menepati citarasa si pengguna.

Homestay juga tidak terlepas dari permasalahan ini. Kemudahan yang kadang kala di ambil remeh oleh pengusaha. Tahap kebersihan dan penjagaan tandas yang kurang memuaskan.

Ini Penting..! Pastikan kemudahan tandas di Homestay anda di dalam keadaan bersih sepanjang masa. Semua kelengkapan di dalam tandas juga mesti dalam keadaan baik dan boleh digunakan....
Gayung
Paip air
Flush sistem
Tisu tandas
dan lain-lain keperluan yang berkaitan...

Pengusaha Homestay mesti membayangkan dirinya sebagai tetamu di rumah tersebut yang datang dari pelbagai latar belakang, usia, budaya, bangsa dan agama dan juga mungkin saiz dan keadaan fizikal yang tidak mengizinkan. Tentunya keselesaan dan kebersihan menjadi matlamat utama dikala menunaikan hajat.

Kebersihan tandas mungkin menjadi penanda aras kebersihan utama bagi kebanyakan tetamu Homestay. Rumah yang cantik dan punya tandas yang bersih dan selesa di samping pengusaha yang kreatif dan mengambil berat dalam isu ini akan menjadikan Homestaynya disukai ramai 

Antara lain yang patut menjadi penilaian pengusaha adalah...
mengadakan kelengkapan dua jenis tandas di Homestay yang sama bagi kemudahan tetamu....

tandas cangkuk dan tandas duduk


Wednesday, 10 July 2013

Kuching..mencari Homestay..!

Teks: KOPEHOM
Homestay Kg Panglima Seman Lama
Kuching, Sarawak sebuah bandar di pinggir sungai yang sudah lama bertapak dan punya banyak tarikan dan sejarahnya. Dari zaman penjajahan...James Brook, suku kaum Iban, gua,sungai, rumah panjang, budaya serta hasil hutan Sarawak yang tersendiri hingga kini perlu menjadi salah satu pilihan destinasi pelancongan anda...

Nama Kuching itu juga agak unik....dari mana asalnya?? ataupun Kuching siapa??

Perjalanan agak terhad olehkerana keterbatasan masa. 2 hari perjalanan kerja di Kuching cuba diselit dengan pencarian Homestay.

Terbatas....
Tarikan Kek Lapis Sarawak
Lain kali....kerana Kuching Sarawak menawarkan banyak Pakej Pelancongan yang menarik untuk diterokai.
Tinggal di Homestay memungkinkan anda menerokai semuanya....

Antara Homestay yang ditemui di Kuching

Cameron Highland

Teks: KOPEHOM
Strawberry Farm di Kg Sedia


Antara lokasi percutian yang menarik di negeri Pahang.
Cuaca yang nyaman dengan kedinginan suhu ala-ala Eropah lebih-lebih lagi kalau hujan turun...memang sejuk!!
Liku,cerun,curam jalanraya di awal perjalanan mungkin memenatkan bagi yang tak biasa dengan perjalanan ke tempat tinggi...namun sesampainya nanti di puncak akan menjanjikan panorama yang indah, damai dan udara bersih untuk paru-paru anda.

Namun perlu bersedia dengan kesesakan yang mungkin lebih teruk daripada Kuala Lumpur....
Hujung minggu yang sesak walaupun hanya untuk 4 kilometer perjalanan.

Brincang, Tanah Rata antara tempat-tempat menarik....

Strawberry Farm, Aiscream, hasil tanah dan hasil ladang, sayuran, buah-buahan, ulam petai, keledek rebus dan macam2 lagi ada di sini...
Teh Panas Sajian Minum Petang
Aiscream juga
               

Banyak juga Homestay dan Apartment di Cameron Highland, antaranya di Kg Sedia. Deretet rumah kampung Melayu sesuai untuk penginapan semua. Cantik tersusun di antara lemah dan bukit...

Mungkin lebih selesa... jauh sedikit dari kesibukan pekan Brincang dan Tanah Rata.

Cubalah...tapi jangan lupa booking dulu kerana orang lain pun bercuti ke tempat yang sama juga....

Pasar Malam di Brincang.



Booking

Teks : KOPEHOM
Tenang...Ladang Teh di Cameron Valley

Teknologi telah merubah segalanya....
Kaedah lama semakin dipinggirkan atas nama teknologi...
Kini semua terletak dijari anda...dimana saja anda berada...mudah katanya...
Namun semua perkembangan teknologi ada pro dan cons. Persoalan yang perlu difikirkan adalah bagaimana kita mengunakan kemudahan teknologi tersebut...
Kalau tidak bersama kita akan ketinggalan akhirnya..
Kalau seiring mungkin sebaiknya...
Namun kita harus sentiasa berwaspada...

Booking menjadi perkara penting sekiranya merancang untuk bercuti. Ianya bagus kalau ada merancang untuk bercuti....Semuanya akan terancang dgn harga yang lebih murah kalau dibuat 3 bulan sebelum tarikh bercuti...

Booking Bilik...Hotel, Homestay,Motel...
Booking Transport...Airfare, Taxi, Bus,Train...
Booking Restorant....
Booking Apa lagi....

Namun semuanya akan berubah sekiranya anda tidak merancang percutian anda...

Booking Bilik...Penuh!!!! ...Maaf Encik Semua Homestay kami Penuh...
Booking Transport....Mahal!!!
Booking Restorant...Warung!!!
Booking semuanya Full....

Akhirnya anda kecewa sewaktu percutian anda....Mungkin?

Adakalanya Percutian Tanpa Perancangan lebih Menarik....kerana semuanya SPONTANEOUS!
Pengisian dan Pengalaman yang unik....

Brincang Cameron Highland di hening pagi....