Sunday, 14 July 2013

Pendingin Hawa.....Penghawa dingin

Teks: KOPEHOM
Tanpanya adakalanya cukup menyeksakan...

Rekabentuk dan kesesuaian persekitaran adalah amat penting bagi menentukan aliran atau kitaran udara yang baik bagi sesebuah rumah atau kediaman. Ianya secara tidak langsung menjadikan kediaman lebih selesa untuk diduduki.

Bahan binaan juga memainkan peranan yang penting untuk kitaran udara pada kediaman.  Zink yang dipasang rendah sebagai bumbung juga membuat haba panas matahari terperangkap di dalam rumah jika kitaran udara tidak sempurna. Rumah tersebut akan berbahang panas di siang hari dan amat tidak selesa untuk didiami. Bahang yang sama juga akan menjadikan penghuninya tidak selesa di malam hari.

Pengusaha Homestay juga seharusnya memikirkan keselesaan bakal tetamu dengan keadaan ini. Persediaan awal juga harus mengambilkira hal ini berdasarkan persekitaran, lokasi dan rekabentuk Homestay yang hendak dipasarkan.

Faktor kos juga mungkin menjadi persoalan pengusaha Homestay untuk menyediakan kemudahan ini, Disyorkan sekurang-kurangnya satu daripada bilik hendaklah dilengkapi dengan alat pendingin hawa.

Sekiranya persekitaran dan rekabentuk Homestay mempunyai kitaran udara yang sesuai maka mungkin kipas atau aircooler sudah memadai sebagai alternatif kepada penghawa dingin.

Pilihan lain.....

Lega.....!


Sejuk udara....
Sejuk Homestay....
Bermakna sejuk hati tetamu...

No comments:

Post a Comment