Thursday, 25 July 2013

Bot,Kapal & Homestay

Teks : Kopehom
Homestay di kapal..

Sewaktu tugasan di Miri, jeti sebuah Marina menjadi lokasi tetap untuk beberapa hari sehingga misi tugasan selesai.Miri sebuah bandar minyak dan gas di Malaysia punya sejarah tersendiri dimana sebuah telaga minyak daratan yang pertama dijumpai dinegara ini. Di beri nama "Grand Old Lady" oleh lelaki Mat Salleh yang menjumpainya dan terletak di atas bukit tidak jauh dari bandar Miri.

Melawat Grand Old Lady di malam hari mungkin menjadi pengalaman menarik yang sukar dilupakan.

Jeti persendiriaan yang lengkap dengan segala keperluan asas seperti air bersih dan kuasa letrik bagi semua jenis kapal yang berlabuh di marina ini.

Pemandangannya sudah cukup mengasyikan, terlindung dan menceriakan...

Banyak kapal dan bot dari luar negara berlabuh dengan pelbagai rekabentuk kapal mengikut tradisi dan budaya masing-masing. Ada yang datang dari jauh dan singgah di sini seperti dari Holland, England, Scotland, Amerika Syarikat.

Singgah untuk berehat setelah penat melawan ombak...
Singgah untuk menambah bekalan  sebelum meneruskan pelayaran....
Singgah bertemu sahabat lama...
Singgah untuk memperbaiki kerosakan...
Singgah mencari ketenangan dan kedamaian...

Perbualan singkat sewaktu bertemu di pintu masuk ke jeti, ada yang sudah tinggal di marina ini lebih dari 2 tahun atas sebab kerosakan pada Mask kapalnya yang mengambil masa untuk diperbaiki. Maka bot menjadi rumah tempat berteduh dan melakukan segala aktiviti harian sementara menunggu kerosakan siap dibaikpulih.

Maka terfikir saya ...Homestay di kapal atau bot...

Datanglah ke Miri(bandar kuda laut) mungkit boleh cuba Homestay kapal....

Kapal yang singgah untuk mengantikan Mask yang patah.....



No comments:

Post a Comment